By: Galus Ahtoi

Yeh!… Akhirnya suatu harapan baru terjadi…

Pagi tadi 25 Julai 2011, Mahkamah Persekutuan telah memberi kebenaran kepada orang asal Sabah merayu kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan (9.6.2011) yang telah memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicara tanah adat tentang isu-isu perundangan…

Kemenangan ini merupakan permulaan kepada perjuangan seterusnya..

Kes ini ialah Kes Darinsuk Pangiran Apan & 4 ors vs Hap Seng Consolidated Bhd & 4 ors… (Keputusan Mahkamah Tinggi pada 20.6.2008 / Mahkamah Rayuan pada 9.6.2011 dan Mahkamah Persekutuan pada 25.7.2011)

Syabas dan Tahniah kepada seluruh warga di JGPT/Gabungan 8 kampung di Daerah Tongod, kepada Peguam Mary Lee dan Peguam Datuk Kong Hong Ming dan seluruh warga orang asal dari seluruh pelusuk Sabah yang hadir memberi sokongan kepada kes ini… Lebih 300 orang hadir di mahkamah pagi tadi untuk memberikan sokongan terhadap kes ini kerana kes ini sangat penting untuk semua…

1Malaysia – Mahkamah mengiktiraf pemilikan tanah adat (NCR) tapi pemerintah/kerajaan tidak mengakuinya/menghormati..

Advertisements