By: Galus Ahtoi

Satu lagi bentuk penindasan terhadap orang asal di luar bandar. Tanah Adat penduduk Kg. Mangkadait / Kimonggis, Ranau telah diberikan GERAN kepada orang luar di bawah program Skim… yang kemudiannya “dijual” kepada Syarikat Innofirst Sdn. Bhd…

Pihak PPHT Ranau masih belum membuat keputusan BERTULIS berhubung tuntutan pemilikan tanah adat (NCR) penduduk kampung walaupun surat permohonan siasatan awam telah beberapa kali dihantar… sedangkan pihak syarikat sedang bertapak/bekerja memusnahkan bukti-bukti NCR.

Upacara adat ini “TERPAKSA” dilakukan demi untuk mempertahankan wilayah tanah adat (NCR) penduduk kampung yang sedang diceroboh oleh pihak syarikat yang dipercayai dilindungi oleh “Gangster” yang diupah/digaji oleh pihak tertentu…

Semoga “SUMPAH”… ini akan sentiasa melindungi dan mempertahankan kedamaian dan hak penduduk kampung ke atas tanah adat (NCR)…

“alang-alang berjuang, biar sampai ke nadi yang terakhir”

Advertisements