By: Galus Ahtoi

Pagi tadi 21 Mac 2012, lebih kurang 150 orang hadir di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu untuk mendengar keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu YA Datuk Abdul Rahman bin Sebli terhadap rayuan 3 Defendant Hap Seng Consolidated Bhd, Asiatic Sdn. Bhd & Tanjung Bahagia Sdn. Bhd terhadap Keputusan Pendaftar Mahkamah..Enc 87 & Enc 92. Keputusannya, Hakim telah MENOLAK rayuan pihak defendant atas sebab tiga 3 alasan iaitu

1. PPHT hanya berkuasa ke atas Tanah Kerajaan State land-tidak untuk yang sudah diberikan geran…

2. Pihak Plaintif juga ada mencabar keputusan Pengarah Tanah dan Ukur Sabah dan kerajaan sabah yang memberikan geran kepada orang lain atas Tanah Adat NCR mereka – tidak ikut perlembagaan…

3. Tuntutan Plaintif ada Merit…Hakim juga MENOLAK rayuan pihak Defendant yang merayu supaya prosiding ini ditangguhkan…Atas permintaan pihak Plantif, Hakim telah menetapkan tarikh bicara iaitu bermula pada 18 September 2012 selama dua 2 minggu…

Tahniah kepada Peguam Datuk Kong Hong Ming, warga JGPT Tongod dan seluruh yang hadir menyokong kes ini.. termasuk rakan-rakan dari pihak keselamatan-POLIS dan SB….

Nota: Kes ini ialah SK22-245-2002- Darinsuk Pangiran Apan & 4 ors VS Hap Seng Consolidated Bhd, Asiatic Sdn. Bhd, Tanjung Bahagia Sdn. Bhd, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah & Kerajaan Negeri Sabah..Kes ini difailkan pada Tahun 2002 dan kalah di Mahkamah Tinggi, kalah di Mahkamah Rayuan TETAPI MENANG di Mahkamah

Advertisements