New Sabah Times: 22nd March, 2012

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini menolak yang dikemukakan oleh tiga syarikat terhadap keputusan oleh Timbalan Pendaftar yang menolak permohonan mereka untuk menggugurkan tuntutan penduduk tempatan terhadap Hak Tanah Adat (NCR) di Tongod, Kinabatangan.

Launching Ceremony - Communal Title

Hakim Dato’ Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu kelmarin di kamarnya apabila kes itu untuk diputuskan.

Syarikat-syarikat itu ialah Hap Seng Consolidated Bhd, Asiatic Development Bhd dan Tanjung Bahagia Sdn Bhd sebelum ini dinamakan sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga oleh penduduk (plaintif) yang terdiri dari Darinsok Pangiran Apan, 84, Kayah Unto, 45, Wilster Lewrince, 50, Jaafar Dorong, 52, dan Jaimon Darinsok, 45.

Menurut Peguam, Datuk Kong Hong Ming, yang mewakili plaintif, mahkamah menolak rayuan defendan atas tiga alasan.

Alasan pertama bidang kuasa Penolong Pemungut Hasil Tanah (ACLR) adalah terhad untuk menentukan tuntutan NCR terhadap tanah negeri dan bukan tanah pindah milik.

“Perkara tanah dalam tindakan ini ialah pemindahan tanah seluas 21,000 ekar,” katanya.

Kedua, kata Kong satu isu serius yang perlu dibicarakan sama ada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur dan Kerajaan Negeri sama ada salah atau tidak mengikut undang-undang memindahkan tanah itu kepada defendan pertama.

Dan ketiga, katanya plaintif menuntut bukan saja terhad kepada NCR.

“Atas alasan ini hakim memutuskan terdapat merit terhadap tuntutan oleh plaintif,” katanya sambil menambah hakim juga menetapkan penerusan perbicaraan pada 18 Sept tahun ini.

Plaintif diwakili oleh Peguam, Kong dan Mary Lee Chung Ching juga menamakan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur sebagai defendan keempat dan Kerajaan Negeri sebagai defendan kelima.

Plaintif ini telah menyaman bagi pihak mereka dan semua pemilik, penduduk dan juga penuntut tanah NCR di Kampung Maliau, Kampung Minusoh, Kampung Liupampang, Kampung Namukon, Kampung Mananam, Kampung Napagang, and Kampung Lanung di Daerah Kinabatangan (dirujuk sebagai ‘kawasan Tongod’), yang mempunyai penduduk kira-kira 6,000 orang dan mereka memulakan tindakan pada 11 Okt di Mahkamah Tinggi pada 11 Okt 2002.

Pada 2003, defendan telah memohon untuk menggugurkan tuntutan plaintif dengan alasan Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan plaintif itu.

Bagaimanapun Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi yang mendengar kes itu menolak permohonan defendan dan memutuskan Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk mendengar tuntutan itu.

Berdasarkan fakta kes, defendan pertama pada Feb 1997, memohon sebidang tanah keluasan 25,000 ekar di Daerah Kinabatangan.

Surat tawaran dikeluarkan setelah dan jumlah bayaran premium juga dinyatakan dan geran dikeluarkan kepada pemilik pertama pada 4 Mei 1998 terhadap tanah itu.

Empat tahun selepas itu, plaintif memohon melalui surat pada 13 Jan 2002 kepada ACLR Kinabatangan meminta inkuari umum untuk memastikan NCR mereka di bawah seksyen diberikan 13, 14, dan 15 Ordinan Tanah Sabah.

Defendan pertama diwakili oleh peguam Flora Dius dan juga Datuk Simon Shim manakala Peguam Michael Denis Tan mewakili defendan kedua dan ketiga dan Peguam Negeri mewakili defendan keempat dan kelima.

via New Sabah Times.

Advertisements