Archive for June, 2012

North Borneo and Now (1963) Sabah (Country) into the Federation of Malaysia

Lord Cobbold of Knebworth 1949-1961

Lord Cobbold led the Cobbold Commission in 1962, which studied the question of North Borneo and Sarawak’s entry into Malaysia

CREDIT: A century of Bank of England Governors: in pictures – Telegraph.

SEMINAR NAMA GEOGRAFI

Kesemua 1,388 buah pulau dan entiti geografi termasuk terumbu karang dan batuan di negara ini dijangka dapat dinamakan menjelang Jun ini.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, pada masa ini hanya terdapat 100 buah pulau dan entiti geografi luar pesisir yang masih belum dinamakan.

“Kesemua pulau dan entiti tersebut belum dapat dinamakan kerana masih menunggu persetujuan daripada kerajaan negeri.

“Sabah, walaupun terdapat paling banyak pulau, namun dengan komitmen kerajaan negeri, kesemua 394 pulau di negeri ini telah diberi nama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian seminar nama-nama geografi peringkat negeri Sabah, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Ahmad Fauzi Nordin; Pengarah Jupem, Datuk Mohd. Noor Isa dan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Osman Jamal.

Jelas beliau, kebanyakan pulau yang belum diberikan nama itu terletak di Kelantan dan selebihnya di negeri lain seperti Johor dan Perak.

Selain itu, pihak kementerian perlu mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri sebelum dapat mewartakan nama pulau-pulau berkenaan.

“Selepas mendapat pengesahan kerajaan negeri, kementerian saya akan kemukakan kepada Kabinet yang kemudiannya akan membawa perkara itu kepada unit khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

Sumber: KOTA KINABALU 11 April 2011 – Utusan Online http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0412&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm&arc=hive and Laman Geografi.

Kepentingan Geografi Tidak Harus Diabaikan

Di Negara ini, kita masih mempunyai penduduk yang tandus ilmu geografi. Contohnya, ramai yang tidak mengetahui bahawa ancaman tsunami akibat aktiviti seismologi hampir tiada di pantai barat daya Semenanjung, pantai timur Semenanjung, malah pantai Sarawak oleh kerana perairan yang cetek.

Contoh lain ialah seperti kepanikan yang terjadi ketika jerebu di bulan Oktober lalu akibat corak angin semalaman yang bersifat sementara pada saat konsistensi angin bulan tersebut adalah dari barat laut.Ini kerana mereka tidak mengetahui bahawa wilayah Riau di Indonesia yang sedang mengalami kebakaran tanah gambut terletak di barat daya Semenanjung.

Jika itu juga merupakan sesuatu yang berat untuk difahami, cuba pilih 10 orang yang berada di kalangan kita, bawa ke kawasan lapang dan tanya di mana kedudukan negara China contohnya. Lihat saja jawapan mereka. Hakikatnya geografi bukan sekadar itu.

Geografi meliputi air, udara, tanah, lapisan bumi, seismologi, vulkanologi, corak penempatan, malah zon masa. Kaitannya dengan sejarah adalah pada sejarah latar belakang kejadian geologi, arkeologi serta pembentukan demografi penduduk hari ini. Semua ini adalah faktor kunci yang perlu ada bagi pembangunan modal insan sesebuah negara maju di masa depan.

Buta geografi hakikatnya merugikan negara. Contohnya, cadangan membina pancuran air di garis pantai bagi mengatasi jerebu seperti yang pernah dicadangkan ketika jerebu teruk tahun 1997.

Hakikatnya konsistensi angin yang membawa partikel terampai tidak memungkinkan apa-apa jaminan cadangan itu akan memberikan hasil kejayaan. Bayangkan kerugian yang tertanggung sekiranya idea ini digunapakai.

Dipetik dari: Kepentingan Geografi Tidak Harus Diabaikan.