By: Galus Athoi

Tribunal Tanah sepertimana Tribunal Tanah Waitangi, New Zealand adalah antara jalan terbaik untuk keselamatan dan penyelesaian konflik pemilikan Tanah Adat NCR.Tribunal Tanah juga telah dicadang untuk ditubuhkan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjun… Namun, setakat ini pihak Kerajaan Negeri Sabah telah menyatakan bahawa Tribunal Tanah belum perlu lagi…Proses pengiktirafan/pemberi-milikan tanah adat kini banyak tertangguh di Jabatan Tanah dan Ukur Daerah atau di meja Penolong Pemungut Hasil Tanah PPHT. Menurut kebiasaan, proses penuntutan tanah adat mesti bermula dari PPHT, kemudian rayuan di Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur dan seterusnya Kajian Kehakiman di Mahkamah Tinggi. Jika proses ini tidak diikuti, kemungkinan kes tersebut ditolak d mahkamah.Tribunal Tanah! ke arah pentadbiran dan pengurusan tanah yang telus dan adil untuk semua.

Advertisements