RANAU: Bunga cantik yang dijaga untuk menghiasi halaman rumah sebuah keluarga di sini ternyata membawa musibah kepada keluarga terbabit apabila tumbuhan itu kini dikenal pasti sebagai Rumput Miang Mexico (Parthenium Hysterophorus).

Rumpai berbahaya yang digelar sebagai ‘rumpai paling teruk abad ini’ itu didapati tumbuh di perkarangan keluarga Yong di Kampung Lasing, kira-kira dua kilometer dari pekan Ranau.

Salah seorang ahli keluarga terbabit, iaitu Alexius Yong, 33 memberitahu media, rumpai itu mula-mula tumbuh di hadapan rumah mereka kira-kira empat tahun yang lalu, namun dibiarkan kerana ia menghasilkan bunga yang cantik.“Mula-mula dulu kami hairan juga bagaimana dua pohon bunga ini tiba-tiba tumbuh di hadapan rumah kami. Ia dibiarkan sahaja kerana bila ia mulai berbunga, ternyata bunga putih yang lebat yang dihasilkannya kelihatan sangat menawan.

“Dari hari itu, tumbuhan ini kami biarkan sahaja hidup dengan subur dan merebak tumbuh di antara rumput-rumpai yang lain. Walau bagaimanapun kami terkejut apabila imej tumbuhan itu mulai disebar di media sosial mengatakan ia merbahaya,” jelasnya.Menurut Yong, hal berkaitan rumput miang Mexico itu juga mengundang suasana hiba dan pilu kepada keluarganya dengan pemergian ibunya yang berusia 72 pada 22 Oktober tahun ini.

Baca Selanjutnya: di SINI.

Advertisements